Pakej Perpaduan prabayar internet mudah alih dengan harga serendah RM30 dijual bermula hari ini.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata menerusi pakej itu golongan belia, B40, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) mendapat manfaat perkhidmatan internet berkelajuan tinggi pada harga yang lebih murah.